Friday, May 04, 2012

random #1

Murid tahun 3 cakap kat kawan dia

"Aku nak potong kepala cikgu"

Cikgu yang dimaksudkan adalah saya...   T____T

Dunia tanpa sempadan



Percubaan untuk kembali menulis blog.. Saya hanya bergantung harap kepada line GPRS sahaja ya kawan- kawan. Konon pakai broadband sebab senang nak bawak ke mana- mana la kan. Malangnya, di zaman teknologi ni saya kena guna line GPRS lagi. Sila la cuba buka facebook guna line GPRS..  Seksa jiwa raga. Nak tulis blog & upload gambar lagi la. Kadang- kadang sampai putus asa ditengah jalan.

Kecewa punya pasal dengan line internet, saya saja tak bayar broadband beberapa bulan. Ada kot dalam 6 bulan.. Rasanya lebih.. Sampai la saya dapat msg dari maxis kata nak terminate line ni. Tetiba terbuka hati nak bayar bil. Bil tertunggak 2 bulan je sebab lepas 2 bulan tak bayar, automatik line kena bar & bil tak naik sebab tak ada penggunaan.. Dulu- dulu kena bar pun caj bertambah bulan- bulan.. Sebab tu la jadi M.A.L.A.S sangat nak bayar..

Ok.. Tema blog ni lebih kepada luahan hati sebab banyak sangat benda berlaku dalam kehidupan saya tapi saya tak berupaya nak cerita atau luahkan kat orang. Kadang- kadang ada la sorang dua yang menjadi teman setia mendengar cerita saya.. sampai saya rasa kesian sebab cerita- cerita saya banyak yang tak bermanfaat pun.. :p

Tu la punca sebab apa saya kembali tulis blog.. Sekian, terima kasih.. Oh.. sebelum tu ada pesanan penaja.. Gambar di atas tiada kaitan dengan cerita.. Saja mencuba upload gambar sebenarnya..

Saturday, October 15, 2011

Kesempatan

Susah nak berblog sekarang ni. Kalau internet ok, masa tak ada.. kerja menimbun.. bila ada masa lapang sanggggat, internet lak slow.. sedih betul.. bila la kesempatan nak tulis blog balik eh? dalam cuti nanti kot..

Wednesday, October 12, 2011

40 Nasihat dan Kata2 Hikmah Sayyidina Ali Ibn Talib

Berikut adalah 40 nasihat Sayyidina Ali Ibn Abi Talib k.w.j sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh oleh Sayyidina Ali Ibn Abi Talib dan kitab Al-Bayan Wattabyeen oleh Al-Imam Abu Othman Amru Ibn Bahr Al-Jaahidh r.a.:
.
1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.
.
2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.
.
3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah hanya sekeping daging.
.
4. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.
.
5. Jagalah ibubapamu, nescaya anak-anakmu akan menjaga kamu.
.
6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah SWT.
.
7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang lebih terpencil daripada seseorang bakhil.
.
8. Seorang arif adalah lebih baik daripada kearifan. Seorang jahat adalah lebih baik dari kejahatan.
.
9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijaga, sedangkan ilmu menjaga kamu.
.
10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan solat.
.
11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.
.
12. Mengajar adalah belajar.
.
13. Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan.
.
14. Insan terbahagi kepada 3: Mereka yang mengenal Allah, mereka yang mencari kebenaran dan mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran. Golongan terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing.
.
15. Insan tidak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah.
.
16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah.
.
17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada mencari kesilapan orang lain.
.
18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.
.
19. Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun apabila ia mati.
.
20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia rahsia kebenaran itu.
.
21. Allah SWT merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batasnya.
.
22. Sifat seseorang itu tersembunyi di sebalik lidahnya.
.
23. Seseorang yang membantu adalah sayapnya seseorang yang meminta.
.
24. Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya.
.
25. Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya.
.
26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat.
.
27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.
.
28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba.
.
29. Orang yang dengki, marah kepada orang yang tidak berdosa.
.
30. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan.
.
31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan.
.
32. Seorang akan mendapat teladan diatas apa yang ia lihat.
.
33. Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar.
.
34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelakaan yang memalukan.
.
35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah.
.
36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihatlah apa yang dikatakannya.
.
37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura-pura.
.
38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan.
.
39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya.
.
40. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.
.

Fahami dan hayatilah kata-kata yg penuh hikmah ini....

http://tigosotigo.blogspot.com/2009/...abi-talib.html

Sunday, October 09, 2011

Duit Raya

Assalamualaikum~

Sumber gambar sini ye..
Org xleh cetak duit palsu dgn gambar edit camnih.. ;p

Kisahnya raya dengan duit raya kan xtak dapat dipisahkan. Sepupu aku (sekolah rendah) cakap

"Eleh.. cikgu bagi duit raya banyak ni je. Kan dapat bonus"

Hampeh je kan.. Nasib baik aku bagi je.. Hahaha.. Pastu aku balik rumah kat UB nih. Aku dah spare la duit raya untuk budak- budak taman ni datang.. Aku memang tak ajak masuk dah. Nak hidang apa wei.. Aku pun makan megi je  T____T  Ok.. Tipu.. Takde hidangan yang menarik la nak bagi..

Tapi kan aku cam sakit hati la juga. Konsep raya ialah bermaaf- maafan & raikan bulan kemenangan sebab berjaya puasa sebulan. Tapi dah jadi macam lari konsep lak. Macam wajib je bagi duit raya. Sakit hati tu bukan sebab kena bagi duit raya.. Tapi sbb budak datang rumah tak kira masa..

Aku teramat sibuk minggu ni. Bayangkan sampai rumah dah pukul 6 petang. Aku ni lak asal balik lambat je mula la nak tido awal. Dalam pukul 9 malam ada budak bagi salam dengan ayat

"Assalamualaikum.. kami datang nak raya"

Serius aku trauma dengan ayat tu.. Aku tak layan. Buat- buat tak dengar. Sampai jiran aku sound budak tu. Agak- agak la nak kutip duit raya pun. Kalau datang dengan mak- mak diorang boleh la kira ikhlas lagi nak beraya kan.. Aku pernah dengar dalam pukul 11 malam, budak- budak duk bagi salam nak raya tukat jiran aku. Macam tak beradab lak datang rumah orang tengah malam. Cikgu sekolah aku cerita dia dia baru balik dari sekolah pukul 6.. Pukul 6.05 ada budak datang beraya. Dia geram gila. Ya la.. dia penat baru balik.. Bukan sikit yang datang ya.. 11 orang ok.. Sorang pun dia tak kenal.

Sorang lagi cikgu lak baru sampai dari kampung. Penat drive beratus KM pun tak hilang lagi ada budak datang bagi salam nak beraya. Masa tu malam la. Dia intai tengok takde sorang pun dia kenal. Dia pun jerit "Kalau korang nak datang beraya, korang datang je esok. Malam ni akak penat. Nak tido".. Pastu dia tutup tingkap, tarik langsir.. Esoknya, takde dah budak nak datang malam- malam..

Aku nak sambung lagi tapi tetiba terlupa nak sambung apa lagi.. huhu..


Nota kaki: Apasal la aku takleh upload gambar.. Sbb kelajuan internet kah..?

Wednesday, September 14, 2011

#1

Budak A cakap kat sorg cikgu
"Cikgu, saya jadi nakal sebab tak dapat kasih sayang dari mak saya."
Mak ayah dia bercerai..
Sesuai ke alasan tak cukup kasih sayang tu untuk buat nakal dalam kelas?

#0001

Budak A cakap kat sorg cikgu
"Cikgu, saya jadi nakal sebab tak dapat kasih sayang dari mak saya."
Mak ayah dia bercerai..
Sesuai ke alasan tak cukup kasih sayang tu untuk buat nakal dalam kelas?