Friday, May 04, 2012

Dunia tanpa sempadan



Percubaan untuk kembali menulis blog.. Saya hanya bergantung harap kepada line GPRS sahaja ya kawan- kawan. Konon pakai broadband sebab senang nak bawak ke mana- mana la kan. Malangnya, di zaman teknologi ni saya kena guna line GPRS lagi. Sila la cuba buka facebook guna line GPRS..  Seksa jiwa raga. Nak tulis blog & upload gambar lagi la. Kadang- kadang sampai putus asa ditengah jalan.

Kecewa punya pasal dengan line internet, saya saja tak bayar broadband beberapa bulan. Ada kot dalam 6 bulan.. Rasanya lebih.. Sampai la saya dapat msg dari maxis kata nak terminate line ni. Tetiba terbuka hati nak bayar bil. Bil tertunggak 2 bulan je sebab lepas 2 bulan tak bayar, automatik line kena bar & bil tak naik sebab tak ada penggunaan.. Dulu- dulu kena bar pun caj bertambah bulan- bulan.. Sebab tu la jadi M.A.L.A.S sangat nak bayar..

Ok.. Tema blog ni lebih kepada luahan hati sebab banyak sangat benda berlaku dalam kehidupan saya tapi saya tak berupaya nak cerita atau luahkan kat orang. Kadang- kadang ada la sorang dua yang menjadi teman setia mendengar cerita saya.. sampai saya rasa kesian sebab cerita- cerita saya banyak yang tak bermanfaat pun.. :p

Tu la punca sebab apa saya kembali tulis blog.. Sekian, terima kasih.. Oh.. sebelum tu ada pesanan penaja.. Gambar di atas tiada kaitan dengan cerita.. Saja mencuba upload gambar sebenarnya..

0 comments: