[Gambar] Roti John ni nampak sangat sedap.. :p
Roti John dan jadi cam makanan wajib beli dah semenjak dua menjak ni.. Kalau pergi pasar malam rasa cam nak beli je roti john. Kat pasar malam biasanya ada pelbagai pilihan. Ada sardin, ayam, daging..
Dah jadi tabiat bila nak beli roti john ni aku akan terus ambil dan bayar. Aku tak tanya dah ni perisa apa, tu perisa apa. Dah banyak kali jugak aku menyesal sebab salah beli. Nak daging dapat sardin.. Nak ayam dapat sardin.
Bukan roti john je sebenarnya.. Sebelum ni pun aku nak beli nasi lemak. Harga nasi lemak sama. Ada yang lauk ayam, ada yang lauk telur. Aku nak yang ayam tapi aku tak tanya pun mana ayam, mana telur. Terus aku ambil & bayar. Balik rumah baru tahu salah ambil nasi lemak tu.. Kadang- kadang bukan sebab tak nak tanya.. tapi lupa nak tanya.. (boleh ke terima alasan tu?)
P/S: Nak resepi adik beradik roti John, klik sini..
0 comments:
Post a Comment