Ni Part 1 dulu ya.. Chalet terapung ni memang betul- betul terapung. Tak ada jalan yang menghubungkan darat dengan kawasan air tu.. Kena naik bot. Tapi, dalam seminit je kat atas bot tu terus sampai kat chalet tu..
View dari kawasan daratan. Kena naik bot sini. |
Kawasasan ni memang kawasan memancing ikan.. Boleh pancing terus dari rumah.. Nanti post berikutnya aku letak gambar.. Chalet adalah macam gambar kat bawah ni. Satu rumah ni ada 2 chalet. 1 Chalet ada dua bilik..
Nak senang cerita, sila refer gambar atas ni. Ada 6 tingkap (bahagian belakang rumah) dan 1 kat tepi kan. Mula dari kanan. Yang tingkap tepi tu tempat tengok tv. 2 tingkap yang belakang tu ialah 2 bilik tidur. tingkap ke 3,4 ialah dapur. tingkap yang ke 5 ngan 6 bilik. Antara dapur ke dapur tu ada pintu ngan toilet. Pintu tu la divider antara chalet 1 ngan chalet 2. 1 chalet rm70. Kitorang sewa satu rumah ni + 1 chalet lagi untuk budak- budak lelaki..
[Ni Chalet orang sebelah. Dari aku sampai, hingga la dah nak balik, diorang duk memancing je] |
Ni lak gambar dalam chalet. Sorry la gambar tak banyak sebab aku naik bot kedua. Sampai- sampai je masing- masing dah masuk bilik dah.. Dah la bilik aku kipas rosak.. T_T ... Sedih giler. Dah la katil tak cukup. Memang jahat giler la orang yang sampai awal. Diorang dah check bilik tu tak ok tapi buat diam je.
Ni ruang tamu la kot.. Merangkap tempat aku tidur sbb sini ada kipas.. Tapi nyamuk memang sangat banyak giler la.. |
Dapur.. Ada tong gas, pinggan mangkuk, cerek, peti ais.. |
Ada tempat BBQ gak.. Kitorang mintak nak karaoke. Dia bagi set karaoke tanpa mikrofon ngan cd. Jadi, cd ngan mikrofon kena bawa sendiri. |
Kalau nak tengok macam mana chalet terapung ni, tengok video ni. Yang gegar- gegar ni versi geger sendiri tanpa bot lalu. Kalau ada bot (nak- nak lak yang laju), lagi la kuat gegar- gegar ngan gerak- gerak.. Yang nampak bergerak- gerak tu bukan kamera yang digerakkan, tapi rumah ngan tmpt ambil video tu bergerak..
1 comments:
Post a Comment